Senarai Menteri Kabinet Baru Penggal 2013-2018

May 15

 
Perdana Menteri:Datuk Seri Najib Tun Razak

Timb. Perdana Menteri:Tan Sri Muhyiddin Yassin

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri:

DATO JAMIL KHIR

DATO SRI ABDUL WAHID OMAR

IDRIS JALA

JUSUF KURUP

SHAHIDAN KASIM

NANCY SUKRI

JOSEPH ENTULU

PAUL SENG KUA

Menteri Pertahanan : HISHAMUDDIN TUN HUSIN
Menteri Kewangan II : AHMAD HUSNI HANADZLAHMAT MASLAN
Menteri Pelajaran & Pengajian Tinggi : MUHYIDIN YASIN – IDRIS JUSUH ke II
Menteri Dalam Negeri : ZAHID AHMAD HAMIDI
Menteri Pengangkutan HISHAMUDDIN -pemangku
Menteri Pelancongan : NAZRI AZIZ
Menteri Luar: ANIFAH AMAN
Menteri Kerja Raya : FADILAH YUSUF
Menteri Kesihatan : SUBRAMANIAM
Menteri Belia Dan Sukan : KHAIRY JAMALUDDIN
Menteri Sumber Manusia : RICHARD
Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna : HASSAN MALIK
Menteri Perdagangan Dan Industri : MUSTAPA MOHAMMAD
Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani : ISMAIL SABRI YAAKUB
Menteri Sains Teknologi Dan Innovasi : IVON IBIN
Menteri Sumber Asli Dan Alam Sekitar : G PALANIVEL
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air : MAXSIMUS ONGKILI
Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah : SHAFIE AFDAL
Menteri Perusahaan, Perladangan Dan Komoditi : DOUGLAS UNGGAH
Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga : ROHANI AB KARIM
Menteri Komunikasi Multimedia : AHMAD SHABERY CHEEK
Menteri Wilayah Persekutuan : TG ADNAN TENGKU MANSOOR
Menteri Kesejahteraan Bandar : AB RAHMAN DAHLAN

Read More

5 Rahsia Di Bilik Hotel Yang Kita Tidak Tahu

May 10

Setiap orang mempunyai pengalaman tersendiri apabila menginap di sesebuah hotel. Ada yang pernah menginap di hotel 3 bintang, malah 5 bintang pun ada bergantung kepada kemampuan seseorang itu. Namun begitu, jangan percaya 100%, kerana ini adalah sekadar kajian dan tidak semestinya ia berlaku di semua hotel. Kita boleh membuat pilihan sendiri. Jom baca di bawah ini.

Oleh kerana staff pengemas bilik hotel selalunya di beri masa 30 minit atau kurang untuk mengemas satu bilik, kebanyakan peralatan di hotel tidak sebersih yang anda sangka. Kami bukan mahu menakutkan anda. Tetapi kami cuma mahu memberitahu. Berikut adalah 5 rahsia di bilik hotel yang patut anda tahu.

Rahsia 1 : Jangan Guna Gelas Di Bilik
Gelas di bilik anda mungkin berkilat. Tapi ia sebenarnya menjijikkan. Kebanyakan staff mengemas bilik tidak mencuci gelas itu, tetapi hanya mengelapnya saja. Dalam satu pendedahan oleh Fox News pada tahun 2007, kamera tersembunyi yang dipasang di hotel mewah bandar itu merakamkan yang gelas di bilik selalunya tidak dibasuh.
Kadang-kadang ia di sembur dengan pencuci tingkap dan dilap dengan tuala kotor. Ada yang membersihkannya dengan menggunakan sarung tangan yang sebelum itu digunakan untuk mencuci mangkuk tandas. Pilihan terbaik? Bawa cawan plastik dari rumah. Jika tidak pun, cuci dulu gelas dan cawan dengan air panas sebelum menggunakannya.

Rahsia 2 : Jangan Guna Cerek Air di Bilik
Ah! Cerek air di bilik hotel .. siapa yang tidak sukakannya? Memang best bila boleh membancuh teh dan kopi di bilik yang sejuk. Tetapi dalam satu pendedahan di dalam majalah Saloon, seorang pengemas bilik mengakui yang ada satu perkara yang pelik mengenai cerek air. Cerek sebenarnya kerap dijadikan tempat meletak kond*m terpakai.
Menurutnya, beliau mempunyai satu pen yang digunakan khusus untuk mengambil kond*m tersebut. Begini rutin pembersihan beliau. Pertama buang benda tersebut. Kemudian sembur pencuci, bilas dengan air panas dan ulang jika lekit cecair masih ada.
Tambahnya lagi, beliau terlalu kerap menemui sisa tersebut di dalam cerek sehingga apabila beliau menjerang air di rumah, beliau kerap terbayang apa yang terjadi di bilik hotel.

Kesilapan 3 : Pintu Hotel Mudah Dibuka
Tidak kisahlah samada anda bercuti di hotel bajet atau hotel mewah, bawa sendal pintu anda untuk keselamatan. Setiap kali anda berada di bilik, letak sendal di pintu. Mengapa?Sebab tak kiralah betapa canggihnya sistem keselamatan pintu anda, ia tidak se-selamat yang anda sangka. Sistem kunci rantai dan sistem kad elektronik mudah dibuka — tidak kiralah samada oleh orang luar ataupun staff hotel sendiri.
Jadi anda perlukan sendal anda. Walaupun murah, sendal pintu adalah cara paling efektif menghalang orang yang tidak dikenali dari masuk ke dalam bilik sewaktu anda, pasangan anda dan anak-anak sedang tidur.

Rahsia 4 : Jangan Guna Air Dari Paip Untuk Minum
Jika anda menginap lama di hotel, guna air mineral sebagai air minuman. Jangan gunakan air paip dari bilik air, terutamanya jika anda bercuti di kawasan yang mempunyai air tercemar dari sisa najis manusia dan racun serangga seperti di Cameron Highland. Kisah anak-anak cirit birit selepas pulang dari situ adalah perkara biasa.

Rahsia 5 : Jangan Bersandar di Tingkap Bilik
Ya. Bersandarlah di tingkap bilik, jika anda ingin mati muda. Tingkap di bilik hotel selalunya tidak diperiksa dengan kerap, walaupun di bilik-bilik hotel mewah di dalam bangunan tinggi seperti di Kuala Lumpur. Setiap bulan, ada saja berita dari seluruh dunia mengenai kanak-kanak dan juga orang dewasa yang jatuh disebabkan mereka bersandar di tingkap hotel. Tidak kiralah samada hotel tersebut hotel murah atau hotel mewah, kedua-duanya tidak selamat. Tak percaya? Lihat apa yang anda jumpa bila anda google hotel window fall.

Read More

(Video) Kemalangan Ngeri Di Federal Highway

Apr 21

Mangsa

 

Berita terbaru. Kejadian pagi tadi di Federal Highway (Lebih kurang jam 4 pagi tadi). Menurut saksi kemalangan ini berpunca dari pemandu sebuah Honda City yang mabuk menyondol beberapa penunggang motosikal yang didakwa berhenti di tepi highway ini secara berkumpulan.

Kemalangan ini dikatakan melibatkan lebih 12 orang.Maklumat yang diterima 7 maut dan selebihnya cedera (Maklumat tidak rasmi).

#Takziah pada semua ahli keluarga mangsa. Allahurobbi, tulah satu hikmahnya nape benda memabukkan di haramkan dalam Islam..

Read More

Proses dalam bilik mengundi

Apr 14

Proses MengundiProses dalam bilik mengundi

 

Read More

Kerusi Parlimen Dan Dun Yang Akan Di Pertanding Pada PRU 13

Apr 04

Parlimen

 

Kerusi Parlimen Dan Dun Yang Akan Di Pertanding Pada PRU 13

Read More

Akhirnya Parlimen Malaysia Di Bubarkan ( Video )

Apr 03

Akhirnya Parlimen Malaysia di bubarkan oleh Perdana Malaysia pada pukul 11.30 pagi  , 3 April 2013

Rakyat Malaysia semakin bersiap sedia untuk menghadapi PRU 13.

3 April adalah juga tarikh Datuk Bajib Tun Razak di lantik sebagai  Perdana Menteri  sebelum ini.

Read More

Sambutan Peringatan Hari Polis ke 206

Mar 25

 

Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengadakan Majlis Upacara Perhimpunan dan Perbarisan sempena Sambutan Peringatan Hari Polis ke-206 di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di Jalan Semarak di sini hari ini.

Majlis itu akan dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.

Pelbagai acara menarik akan diadakan pada hari tersebut seperti persembahan, perbarisan dan macam-macam lagi.

Bersempena sambutan itu juga, PDRM turut menyediakan perkhidmatan pengangkutan shuttle di beberapa lokasi sekitar ibu negara.

Kenderaan akan berada di beberapa lokasi yang ditetapkan bermula pada jam 6.30 pagi dan akan bertolak ke PULAPOL Kuala Lumpur pada jam 7.15 pagi.

Lokasi-lokasi yang ditetapkan adalah seperti berikut:

1. Di hadapan Kompleks Beli Belah Pavillion, Bukit Bintang

2. Di hadapan bangunan Maybank, Pudu Raya

3. Di hadapan pondok polis, KL Sentral

4. Berhampiran pondok polis, Central Market

5. Di hadapan Hotel Nikko, Ampang Park

6. Perumahan Polis (Desa Aman 1&2)

7. Di hadapan Kelompok Cempaka, Perumahan Polis Keramat Wangsa

8. Di hadapan flat Perumahan Polis Desa Baiduri

9. Perumahan Polis Bukit Aman (Menara 1)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Read More