Geran RM 1000 , Sertai Program ” Get Malaysian Business Online” .Siapa Cepat Dia Dapat !!!

Photo

Program ” Get Malaysian Business Online”

Get Malaysian Business Online ialah inisiatif yang diumumkan dalam Bajet 2013 oleh Perdana Menteri bagi membantu 50,000 usahawan mikro terutamanya wanita untuk melonjakkan perniagaan atas talian. Geran RM1,000 akan diberikan kepada pemohon yang layak.

Permohonan dibuka bermula dari 1 Januari 2013 hingga 31 Disember 2013 atau sehingga peruntukan RM50 juta telah dipenuhi.

Geran RM1,000 akan dimasukkan ke dalam akaun bank yang didaftarkan atas nama usahawan/syarikat/perniagaan.

Permohonan yang diterima akan diproses dalam tempoh 30 hari bekerja.

Anda perlu mempunyai lawan sesawang (.com.my) atau (.my) bagi memasarkan perniagaan anda selain dari laman sosial yang digunakan. Anda juga boleh menggunakan domain lain seperti .net.my/.org.my/.edu.my.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan melalui email iaitu gmbo@cmc.gov.my atau telefon 1-800-88-4040 (Isnin sehingga Jumaat kecuali cuti umum dari jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang) mulai 1 Januari 2013.

Syarat syarat kelayakan

i. Warganegara Malaysia dengan keutamaan kepada wanita yang berumur di antara 18-65 tahun;

ii. Memiliki Pendaftaran/Lesen Perniagaan/Syarikat;

iii.Pendaftaran nama domain (.my) atau (.com.my) atau (edu.my) atau (net.my) atau (org.my) dan laman sesawang yang aktif;

iv. Langganan kepada perkhidmatan telekomunikasi jalur lebar atau ahli berdaftar dengan Pusat Internet 1Malaysia (PI1M)

v. Mempunyai akaun bank tempatan atas nama usahawan/perniagaan/syarikat yang digunakan untuk perniagaan

vi. Keutamaan kepada usahawan mikro-jumlah pekerja (sepenuh masa) tidak melebihi 10 orang atau pendapatan tidak melebihi RM 200,000 setahun.

Pendaftaran ” Get Malaysian Business Online  “ adalah secara online di link berikut

—-> http://goo.gl/9RXgK

Pendaftaran PERCUMA domain (.my)  boleh di lakukan di link berikut :

—-> http://goo.gl/5a6gB

One thought on “Geran RM 1000 , Sertai Program ” Get Malaysian Business Online” .Siapa Cepat Dia Dapat !!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>